About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Related Article Tag
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Toyol Muncul Lagi


H airan, Aku,,, kata Cik Mat! Dia memang ingat wang kertas RM10 dan RM50 ada dalam poket seluarnya, tapi tiba-tiba tak ada selepas dia menyeluk poket untuk membayar nasik lemah Kak Tom.

Puas dia berfikir mungkin menggunakan wang kertas tersebut pada kelmarin, tetapi dia yakin selepas balik dari bermain futsal dengan warga veteran, dia tak membeli apa apa keperluan.


Lalu dia menyampaikan kisah tersebut kepada jirannya Cik Dollah, Ya Mungkin jugak ada "Toyol" kata Cik Dolah!.

Cerpen Jer
Photo hanya untuk hiasa semata-mata

 

Kenapa Cik Dolah kata begitu? Tanya Cik Mat.

Sebab aku pasti pinggang yang aku cuci 3 hari lepas kering, tetapi bila aku ambil untuk menghidang nasi, aku lihat air penuh dalam pinggang tersebut, sedangkan tak hujan dan rumah aku tak mengalami kebocoran, tambah-Cik Dolah, dengan yakin.

Aku pon rasa hairan kata Cik Dolah!

Tiba-tiba ada mata pisau keping nipis depan pintu aku dan sepucuk "paku payung", entah dari mata datang.

Pada malam itu Cik Mat mula memasang jerat untuk memastikan wangnya hilang adalah angkara "Toyol". Lalu dia pergi ke rumah "Mamak" jiran sebelah untuk meminjam 5 helai bulu ketiak yang kerinting dan baunya dah macam minyak sapi goreng.

Didepan pintu bahagian dalam rumahnya dia meletakkan beberapa biji guli dan menabur "tepung gandum" diatas lantai sehingga ditepi meja dan meletakkan beberapa wang kertas diatasnya disertakan dengan "bulu ketiak Mamak".

Tepat jam 12malam Cik Mat pon tersadai lena dalam tidur, keesokan pagi dia melihat biji guli yang diletak depan pintu telah hilang dan dia dapat lihat kesan tapak kaki budak kecik, bulu ketiak Mamak juga terusik dan bertaburan tetapi wang kertasnya tak hulang dan masih kuat dalam ikatan gelang gelang.

Malam esoknya, dia memasang perangkap yang sama, tetapi kali ini dia juga seakan telanjang hanya memakai seluar "boxer" dan tak berbaju sambil memegang kuali nipi macam papan "pingpong" duduk disebalik kain tabir.

Jam didinding menunjukkan tepat 12malam, angin malam bertiup lembut sesekali mengoncangkan pokok ditepi pagar rumahnya. "Toyol" belom juga muncul, sedang Cik Mat "relax" diatas bangku...

Tiba tiba dia terdengar biji guli terjatuh kelantai dan bergolek ditepi kaki kerusi tempat Cik Mat duduk. Perlahan-lahan dia melihat melalui langsir jendela yang labuh dan nipis dia memang nampak bayang-bayang seperti budak kecil sedang ditas meja tempat berdekatan dengan wang ringgitnya.

Ya benar seekor "Toyol" sedang bermain dengan "bulu ketiak Mamak" dan cuba meluruskan bulu tersebut berkali-kali dan tidak jugak menjadi lurus.

Berbuih buih muluk si Toyol, khusuk melurut lurut bulu ketiak "Mamak"..

Cik Mat keluar dari sembunyi dengan perlahan-lahan menuju ke belakang Toyol yang sedang asyik bermain bulu ketiak dan "Kelempong Bunyi yang kuat" dia telah menghentok kepala Toyol dengan kuali nipis.

Menjerit-jerit Toyol dan melompat lari sekilas mata memandang dan hilang dalam kegelapan malam yang penuh sunyi dan mengerikan.



Person Editor: Flynns

Kak Ton Menjerit Jerit Pak Jusoh Kayuh Tak Henti Henti Angkara Mahukan Anak

A banggggg, manja sekali kak Ton memangil pak Jusoh, mereka pok pek pok pet kat dapur sambil memasak gulai lemak udang galah, besar udang galah, hidup lagi tuh. Pak Jusoh tengok aja lah udang galah tuh melompat lompat.

Itulah awak, kata Kak Ton, merapu rapu tak tentu pasal, kerana udang galah menjadi semua tak kena, Nak buat cam mana kata Pak Jusoh, dah tak der rezeki.


Hutan Rimba yang penuh misteri



Apa kata kita pi jumpa Tok Wan kat Kampung Batu Tergatung, kalau doktor dah jumpa, ubat itu ini tak berhasil. Bila Abang nak pi, "kata Kak Ton"Esok, selamba jawab Pak Jusoh.

Pagi esoknya pergilah mereka ke Kampung Batu Tergantung, melalui jalan yang kecil sahaja, cukup cukup sebijik kereta lalu, kiri kanan dipenuhi pepohon yang merendang, merentas anak sungai, padang tumput, sawah padi, kebun kelapa sawit..

Mereka pon berehat sekejap di bawah pohon ara berhampiran anak sungai, angin bertiup sungguh lembut terasa dingin ya Bangggg, kata Kak Ton. Arr ahh jawab, pak Jusoh, bersih plak tuh tempat ini. Sesuai kalau kita buat!!.....

Kedebumm!!!!!!....Belom habis berbicara, sebijik kelapa jatuh berdesing atas bumbung wakaf tempat mereka berehat, tergolek jatuh kat dalam sungai. "Anjat Tita!!!!. Kecut habis.

Jom ler kita bergerak kata Pak Jusoh, kan lambat pula kita sampai. Kalau cepat sampai cepat pula kita dapat hasilnya, elok sangattt! Kata Kak Ton, duduk sini lama lama naik seriau hati Ton!!!.

Harapkan Abang, kelapa jatuh atas bumbung dah kecut, Alah awak pon sama kata Pak Jusoh!.Belom apa apa dah menjerit, itu yang Abang terperanjat sebenarnya. Dah macam "Pontianak" menjerit jerit. dah la sunyi kat sini, "tambah Pak Jusoh".

Nak dipendekkan cerita yang panjang, begalah galah, penuh liku liku dijalan yang sepi itu mereka pon sampai kerumah Pak Wan selepas Asar. Ada masalah apa, kata Pak Wan, begini cerita dia Tok, kami nih dah berubat bermacam macam cara, jumpa pakar, makan ubat itu ini, tetapi kami tak juga dapat anak.

Dah berapa lama berumah tangga? kata Tok Wan, dah masuk 5 tahun tok. ummmmh,

Dah makan "Tongkat Ali", Tongkat Abu, Payung Kembang Semangkok? Tambah Pak Jusoh. Antara kamu siapa yang ada masalah, saya lah Tok, Jawab Pak Jusoh, doktor yang kata, bukan saya.

Maka petang itu pak Jusoh dirawat dengan cermat, diasap asap sana sini, dikipas bagai, ditarik tarik, dipulas pulas sampai berpeluh mereka berdua. Hah dah siap kata Tok Wan, elok lah kamu cuba "try" secepat yang mungkin.

Pulang lah Pak Jusoh dan Kak Ton, ketika hampir Maghrib, tak sabar sabar kata pak Jusoh, ko nak sangatkan, Letih plak Abang, Ton, siang tadi berkayuh, sekarang berkayuh lagi. Apa kata kita berehat sekejap dan sambung lagi, dalam perjalanan sukaria mereka sampai ke pertengahan. Tiba tiba angin bertiup terasa amat dingin, pepohon bergoyang goyang, Abangggggg! Jerit Kak Ton, naper? Tanya pak Jusoh, "Jangan berenti" kita teruskan, kuat sikit banG!! Riuh rendah suara mereka bagai "Kapal diserang Todak", suara bising sana sini macam "kelasi" jatuh pengsen. 

Kak Ton dah cemas, tengok kiri kanan, tengok depan dan tengok belakang dah tak ada, tengok tengok ada kat atas, Abanggggg!! Makin kuat Kak Ton menjerit, makin kuat Pak Jusoh berkayuh, kaki dah nampak macam gasing berpusing,  berpeluh peluh, menitis atas dahi, badan Pak Jusoh habis basah kerana peluh.

Tiba tiba, Arrrrrgghhhh!! Suara Pak Jusoh plak, Kenapa! Tanya Kak Ton, tuh hah dia duduk kat depan la plak. Langgar ja bangG!! Kata kak Ton, sondol jaa.. nak rempuh macam mana aku dah penat berkayuh nih, mengigil gigil dah lutut aku. Kumat kamit, kumat kamit muluk Pak Jusoh membaca surah Al-Qur'an. "Hantu Pucong" tak juga bergerak berdiri betul betul ditengah jalan.

Mata hantu tersebut merah menyala berkilau, kain putihnya terurai ditiup angin, Apa kita nak buat? Selepas kemudian itu hantu pucong tersebut tiba tiba hilang dari pandangan, tapi...Kak Ton menjerit jerit lagi, Pak Jusoh tak henti henti berkayuh, rupanya hantu tersebut ada kat belakang Kak Ton. Lajunya kayuhan Pak Jusoh dah macam "Mat Rempit" naik motor.

Arrghh, Lega, kata Kak Ton, hantu pucong dah tak ikut kita lagi, tapi aku dah tak nampak jalan nih Ton, sahut Pak Jusoh. Suasana sudah gelap, kabut kabut mula menyinsing menutupi jalan, hanya sesekali terdengar kicau burung serta unggas unggas.

Setiba mereka dikawasan rumah, Pak Jusoh tendang "Basikal" buruknya, sampai tertanggal loceng, dah la break tak makan, penat aku kayuh tadi Ton!!! Celaka punya hantu. Malam itu mereka tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan dan ketakutan, sampai terlupa niat mereka nak buat apa yang disuruh oleh Tok Wan..


Person Editor: Flynns

Portrait Misteri Didinding Penjara Pudu

Portraitmisteri di penjara pudu, Seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu iaitu tentang potret misteri. 

Photo Hanya Sebagai Hiasan

 


"Ia berkisar tentang seorang banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati"
"Dia seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan. Warden memberitahu, lampu dibilik sel itu akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah-olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pengantunggan seseorang banduan itu semakin hampir.

Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad "Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara, malah banduan yang terlibat dalam jenayah ganas juga turut terdiam apabila melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan itu.

Pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail "Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakam satu garisan putih yang panjang dan melengkung.

Mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan penjara sebelum lenyap sendiri serta sebuah lori yang diletakkan dalam kawasan simpanan kenderaan penjara tiba-tiba bergerak sendiri

Person Editor: Flynns

Hantu Pudu

Hantu Penjara Pudu, pantas kita mengaitkannya dengan pelbagai kisah hitam yang kita baca dan dengari selain daripada menjadi pusat tahanan banduan terbesar negara satu ketika dahulu. Tidak hairan jika hantu benar-benar ada di situ, kerana asal usul tapaknya.

Penjara Pudu Kuala Lumpur

 


Sebelum mula dibina pada 1891, tapak Penjara Pudu seluas 8.9 hektar itu asalnya adalah bekas tempat perkuburan Cina Jalan Shaw, kini Jalan Hang Tuah. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil kerahan keringat para banduan yang akhirnya menjadi penghuni kepada 'rumah' yang mereka bina itu.

Pembinaannya bermula dengan struktur tembok sepanjang 394 meter dan setinggi 4.5 meter. Pada 1984, tembok itu dihias mural lukisan sepanjang 860 x 16 kaki oleh seorang banduan bernama Khong Yen Chong.

Mural itu tidak dapat disiapkan Yen Chong semasa menjadi banduan. Bagaimanapun selepas dibebaskan, dia kembali secara sukarela untuk menyiapkan mural tersebut yang kemudian diiktiraf Guinness World Record sebagai lukisan mural paling panjang di dunia.

Ia mengandungi 240 yang terbahagi kepada empat blok -A, B, C dan D. 2,000 orang banduan boleh dimuatkan pada satu-satu masa, namun pada 1985 penghuni penjara ini melebihi 6,500 orang - tiga kali ganda kapasitinya. Keadaan itu menyebabkan banduan terpaksa tidur secara bergilir, malah ada yang mengambil kesempatan untuk meloloskan diri.

Bilik-biliknya kecil dan gelap, hanya ada tingkap sebesar kotak kasut dan tiada jamban. Setiap bilik hanya dibekalkan dengan sebuah tong najis kecil berwarna hitam yang wajib diangkut dan dibersihkan pada setiap pagi ketika mereka diberi masa untuk keluar mengambil udara di perkarangan penjara.

Jabatan Penjara Malaysia merekodkan seramai 180 pesalah telah digantung sampai mati atas pelbagai kesalahan di Penjara Pudu sejak tahun 1960 sehinggalah ia ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 1996 selepas 101 tahun. Ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia dipindahkan ke Penjara Kajang bersama para tahanan yang juga ditempatkan ke Penjara Sungai Buloh.

Penjara Pudu kemudian dibuka kepada orang awam bermula 3 Mei 1997 dengan yuran kemasukan RM12, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindahkan. Lebih RM1.7 juta dibelanjakan untuk mengubah suai kompleks penjara itu menjadi pusat tarikan pelancong.

Ia pada masa sama turut digunakan sebagai tempat tahanan hari untuk banduan yang sedang menjalani perbicaraan sehinggalah pada Jun 2009, kerajaan memutuskan supaya kompleks penjara tersebut dirobohkan secara berperingkat. Ia sudah pasti mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya para pejuang warisan dan sejarah negara.

Ahli Parlimen Bukit Bintang ketika itu, Fong Kui Lun (DAP) mempersoalkan mengapa Penjara Pudu tidak dikekalkan dan dijadikan sebagai salah satu monumen warisan sejarah negara. Ia dijawab Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Awang Adek Hussain (UMNO) bahawa "pada pendapat kami, ia (Penjara Pudu) bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan."

Walhal sebenarnya tapak tersebut mahu dibangunkan sebagai sebuah lagi kompleks perniagaan dan pejabat. Selepas dirobohkan sepenuhnya pada Disember 2012, tapak Penjara Pudu kini sedang diusahakan oleh UDA Holdings menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) dengan kos projek bernilai AS$ 1 bilion.

Begitulah nasib kompleks penjara tertua di Malaysia yang menyimpan pelbagai kisah dalam lipatan tebal sejarahnya. Penjara ini menjadi saksi pelbagai peristiwa, termasuk rusuhan pada 1986 dan tempat dua penjenayah tersohor negara, Botak Chin dan Mona Fendi digantung sampai mati.

Sepanjang sekurun operasinya, ia menjadi saksi pelbagai kisah hitam. Macam-macam cerita daripada mereka yang pernah bertugas di penjara ini khususnya pada warden, dari cerita pengalaman mengendalikan para banduan sehinggalah ke cerita paranormal yang menobatkan Penjara Pudu sebagai antara tempat paling keras di negara ini.

Ada yang mendakwa mendengar rintihan, lolongan, jeritan, dan tidak kurang juga yang terlihat malah berdepan dan diganggu kelibat dan entiti yang menyeramkan. Antara cerita yang masyhur adalah potret banduan akhir yang bercahaya, pelbagai siri penampakan dan gangguan di bilik akhir di blok D dan kerasnya sel perhatian khas. Sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang pernah mengalaminya sendiri sahaja yang tahu.

Dari jirat Cina menjadi kompleks penjara yang menjadi tempat terakhir jiwa-jiwa terlaknat, kini sedang dibangunkan kompleks beli belah. Entah apa agaknya kisah yang bakal 'menghantui' BBCC apabila ia siap nanti.

Person Editor: Flynns

Berselisih Dengan Hantu - kisah Benar

Tiba-tiba, perut ku meragam, tak boleh tahan, biasanya aku akan tahan untuk melepas, jika terasa dalam waktu yang sunyi atau masih gelap, kan ku tunggu jugak sampai cerah, Tapi pagi itu memang tak boleh tahan, kalau tahan lama lama memang aku melepas kat lantai.

Kisah Penjara Pudu Berhantu

Penjara PUDU mula dibina oleh Kerajaan Inggeris pada 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Ketika itu ia dkatakan salah sebuah penjara termoden di dunia, mempunyai 600 bilik tahanan. la dibina di kawasan Hutan Pudu seluas 10 hektar di tapak perkuburan Cina. la diambilalih oleh tentera Jepan yang memerintah Malaya dari tahun 1941-1045.

Penjara Pudu didirikan pada tahun 1895 - Penjara ini pernah dikaitkan denga kisah seram dan berhantu, kini dirikan pusat membelibelah, pangsapuri, hotel

Hilangnya Portrait 100 Tahun Di Penjara Pudu

Dolahbukan nama sebenarnya, memberitahu, warden tersebut yang merupakan sahabatnya mendakwa, warden-warden penjara selalu menerima gangguan di pondok kawalan mereka bertugas.“Di pondok kawalan inilah ramai warden yang bertugas pada waktu malam selalu menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan ini terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya,” kata Ahmad kepada Jurnal baru-baru ini.

Pembela Si Turin Berpindah, Setelah Anaknya Menjadi Mangsa Korban

Ramai yang pernah mendengar cerita tentang kelibat makhluk bertubuh kecil dan berkepala botak yang menjadi khadam kepada tuannya untuk mencuri duit orang tanpa disedari mangsa.


Kelibat tersebut merupakan toyol yang mana ia dikategorikan sebagai makhluk halus dan cerita mengenainya banyak kedengaran di era-1960-an, 1970-an dan 1980-an. 

Kelemahan Syaitan dan Suku kaum maklok halus

Si Turin Kembali

Wanita, yang ternampak budak kecil yang berjalan laju berselisihnya dengan dalam samar samar pagi itu ialah tak lain dan tak bukan Si Turin - Toyol pencuri.

Bisik hatinya: ini memang si toyol, tak kan ada budak kecil berjalan seorang diri dan laju dalam gelap pagi adalah mustahil bagi seorang manusia.


Toyol, Si Turin - Gambar hanyalah sekadar hiasan sahaja tak ada kena mengena yang sudah mati atau belom mati
 

Toyol Si Pencuri

Toyol siapa tak kenal, pasti ramai masyarakat dahulukala mengetahui kisah dan perangai serta kerja "Toyol" ini. Ada dikalangan kita yang takut mendengarnya, ada pula yang hendak mengetahui secara lebih lanjut, sehingga ada yang sanggop mencari "Toyol".

PENGENALAN TOYOL

Terdapat rural yang mana, hendak mendapatkan toyol, ia diambil dari Makkah, [tak tahulah ia betul atau pon tidak]. Mereka yang hendak mengambil toyol mesti belajar tentang selok belok serta pantang larang dan juga cara cara untuk mendapatkan toyol.



Mengikut cerita toyol diambil dari bayi yang baru lahir atau pon belom sampai umur 3 tahun yang telah meninggal dunia. Mungkin itulah penyebab ada dikalangan manusia yang tidak bertanggungjawab pergi ke Makkah hanya untuk belajar tentang Toyol.

Alkisah Toyol

Di sebuah kampung, di bandar, seorang wanita selalu keluar pagi pagi untuk ke tempat kerja melalui ditepi rumah. Belum waktu dia dah mula bergerak ke tempat kerja, Tiba tiba dia ternampak seorang budak kecil berjalan sorang sorang, dia tahu ini adalah "Toyol" kerana pada pendapat fikiranya, - tak akan ada budak lelaki yang masih kecil berjalan seorang diri dalam waktu samar samar dan masih sunyi.

Terlintas dibenak fikiran wanita tersebut untuk mengintai ke mana toyol itu pergi dan di mana rumah tuannya. Tapi dia terasa amat takut.

Kehilangan wang ringgit sentiasa terjadi pada setengah kalangan penduduk kampung tersebut, namun ia tidak menjadi kes, sehingga ia kerap berlaku dan menjadi ragu ragu.

Muncul seorang yang betul betul khuatir dan yakin duitnya ada letak ditempat simpanan, dan tiba tiba esok pagi ia telah lesap, maka hamba itu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Ia dia yakin, ada sesuatu yang menjadi penyebab kehilangan wang ringgit.

Lalu dia mendapat jawapan dan percubaan untuk atasi masalah kehilangan wangnya, "hanya dengan meletak beberapa biji guli- dan bulu ketiaknya yang kerinting" ada pula meletak bulu ehem ehem yang kerinting atas wang.

Ia - menjadi satu penyelesaian, hamba tersebut tidak lagi kehilangan wang ringgit, Dalam beberapa hari berita kehilangan wang semakin menjadi-jadi di dalam kampung tersebut. Maka hamba ini menceritakan secara senyap-senyap pada penduduk kampung bahawa, ada maklok halus yang diberi nama "Toyol" telah mencuri. Cadanganya membuat benda yang sama seperti dia telah buat sebelum ini.



Amaran Kepada Tuan Toyol

Lalu apa lagi seluruh penduduk kampung membuat cadangan tersebut, dan mendapati ia menjadi, tidak ada kehilangan wang.

Tuan punya pon rasa ragu ragu, kenapa si "Turin" toyolnya tidak lagi membawa balik wang ringgit, biasanya pagi pagi selepas subuh dia akan melihat kepingan wang atas diatas mejanya, dan mengapa tidak sekarang atau sebelum ini. Wahai Turin kenapa kau tak membawa wang padaku?  Jawab Turin: "Aku lapar, aku lapar".

Tuan Toyol: Aku tak dapat membeli ayam hitam lagi kerana kehabisan duit!

Jawab Toyol: "Kalau begitu bagikan ibu kakimu, biar aku hisap darah sedikit agar aku menjadi cerdas kembali.

Baiklah! sahut Tuan toyol, tapi kau mensti membawa ku tiapa tiap pagi wang ringgit dan pergi menjalankan tugas mu di malam ini.

Malam ke-esokkanya, pergilah si Turin menjalankan kerja, dan memasuki rumah orang kaya, selepas pukul 2pagi. Alngkah seronoknya si Turin, ada guli-guli yang berwarna warni, lalu dia bermain main buah guli, dan bermain dengan bulu ketiak kerinting dan bulu ehem ehem lelaki yang panjang serta kerinting. Puas si Turin mengurut-gurut bulu tersebut agar menjadi lurus,

Toyol Child Spirit

Toyol Kena Tangkap

 

Dalam leka dia bermain, Turin tak sedar dah hampir subuh, maka dia berlari cepat cepat pulang ke rumah, ketika itulah wanita yang hendak pergi bekerja nampak dia berjalan-jalan.


Bersambaung - Si Turin Kembali!!!

Rumah Banglo Tiga Tingkat Tujuh Penghuni


Sudah lama rumah cantik itu ditinggalkan, ia terletak agak jauh dari perumahan yang lain di tepi tasik yang luas.

 
Waktu malam rumah itu akan cerah seolah ada penghuni, pemancing ikan selalu nampak cahaya dari rumah itu dan dia menceritakan pada penduduk setempat.
 
Pada suatu hari pengembara datang menginap dan disapa oleh seorang pekerja Motel tersebut lalu diberikan bilik mengadap tasik, pemandangan cukup indah.
 
Hampir setiap malam pengembara itu akan duduk didepan jendela dan melihat suasana indah malam menghadap tasik.

film and media  
 
Ketukan jatuh dipintu, dia bergegas membuka dan melihat seorang kanak kanak membawa secawan tea dan biskut,
Pengembara: Hello, si cantik!
Kanak kanak perempuan: Hanya terdiam dan senyum, lalu dia pergi meninggalkan pengembara. tanpa sepatah kata - kata.
 


 
Sambil meneguk secawan tea dan mengisap sebatang rokok ditepi jendela, dia terdengar suara wanita yang sungguh merdu menyanyi, lalu dia membuaka luas pintu jendela, terasa dingin angin malam menyapa dan suara nyayian semakin jelas. Sesekali terdengar suara kanak kanak perempuan dan suara kanak kanak lelaki berbisik-bisik.

Tidak jauh dari bilik penginapan, dia melihat seorang lelaki sedang menanam pepohon ditepi pagar antara tiang lampu jalan. Pengembara melihat setiap pergerakan lelaki tersebut (hatinya berkata: Mungkin tukang kebun).Ia tepat sangkaanya, dia nampak sebilah canggul kecil, terletak diatas meja kayu, dan didatangi seorang perempuan yang menutup kepala membawa makanan dan mereka makan bersama ditaman kecil.

Suara seorang wanita menyanyi masih kedengaran dan gelak tawa seorang kanak-kanak perempuan serta suara kanak-kanak lelaki.

Sekali lagi pintu bilik pengembara diketuk, tanpa banyak bicara dia bangun dari kerusi dan membuka pintu, dia melihat seorang perempuan berpakaian seperti pengemas bilik "Ya pengemas bilik bisik hatinya". Wanita tersebut menghulurkan sehelai tuala dan selimut putih, lalu beredar tanpa sepatah kata.

Pintu bilik ditutup rapat dan mengunci, pengembara sekali lagi ke tepi jendela untuk menghabiskan minuman serta rokok yang terbakar, dia lihat ke taman, pekebun dan seorang wanita telah tiada. Lalu mematikan lampu bilik untuk bersiap tidur, jam ditangannya hampir 12malam, suara wanita yang menyanyi juga tidak kedengaran.

Kesunyian suasana malam dirasai, diluar jendela pepohon kaku tanpa angin, lampu rumah yang terletak 100meter dari penginapanya juga padam. Tatkala itu dia terdengar suara beberapa kanak-kanak berlari lari dicorridor.
 
Tiba tiba dia terdengar loceng berbunyi dan melihat kearah jam tanganya menunjukan hampir pukul 6.30am, seperti biasa salakan serigala dan sahutan biri biri kedengaran tak jauh dari Banglo "Motel penginapanya" burung merpati telah mula berterbangan di Chapel tua yang terletak disebelah motel tersebut. Suasana pagi amat cerah di musim "summer", dia melihat dengan jelas pemandangan diluar. air tasik separuh membeku.

Dia mula berkemas untuk meneruskan perjalanan, sambil memanaskan air untuk membuat kopi sebagai sarapan yang "simple". Lalu membuka pintu bilik dan kehairanan sarang lelabah telah penuh menutup, dia lihat dicorridor kosong lampu dinding juga dipenuhi sarang lelabah dan terpadam, kelihatan buruk.
 
Diruang tamu tempat penjaga mengurus bilik juga kosong dan berdebu, kerusi dan meja serta barangan perabut ditutup dengan kain putih dan dipenuhi sarang labah-labah. Seolah-olah "Motel" ini telah ditinggalkan bertahun lama. Lampu meja ada yang pecah dan warna telah kusam, 

Si pengembara keluar dengan tanda tanya, dia melihat taman kecil yang diduduki  seorang pekebun dan wanita malam semalam, juga berdebu dan cangkul telah reput, dia berdiri kaku, bag ditangan dilepaskan, pandangannya tepat kearah tujuh (7) kubur lama dikelilingi pepohon bunga. Dia menoleh ke arah Motel penginapan "Banglo" nampak bayangan manusia disetiap penjuru jendela berkaca.



Person Editor: Flynn Boyle

Misteri Rumah Kosong Di Tepi Bukit

Misteri rumah kosong di lereng bukit, terletak agak jauh dari perumahan yang lain, dan sudah menjadi adab penduduk di sini, rumah didirikan satu lot dan jarak jauh dengan rumah yang lain.

Penduduk setempat arif benar tentang rumah cantik yang berbatu dan berkaca ini didirikan di tepi bukit dan bertasik. Mengikut cerita sudah 5 keluarga tinggal disini tetapi tidak lama, cuma dalam sebulan sahaja.

"Hello!, sahut Mr. Edward, apabila memasuki sebuah kedai jarak 1000 meter dari lereng bukit, Ya saya!, jawab tuan kedai (Mr. Thompson). mereka memperkenalkan diri masing masing.
cerpen  

"Mr. Edward, saya mahu roti, butter, telor dan makanan yang lain seperti potato untuk hidangan malam bersama keluarga.

Adakah awak orang baru disini? kata Thompson, dan adakah awak mengalami sesuatu yang pelik tinggal di rumah di tepi bukit? Edward terdiam, dan berkata dalam hati "macam mana dia tahu aku tingal di rumah itu".

Sebelom meninggalkan kedai, Thompson memberikan buah guli-guli pada Edward, kata Edward, adakah ini untuk anak perempuan saya? Tidak kata Thompson. Ohh, Edward kehairanan dan pergi menaiki keretanya.

Perjalanan pulang ke rumah sudah agak senja, dan tiada mentari di sini waktu petang kerana terlindung dari pepohon yang tinggi serta rendang dan bukit yang tinggi, melalui jalan yang berliku liku untuk sampai ke rumahnya.

"Edward, melihat ke dalam rumahnya dan anak perempuannya yang berumur 6 tahun berdiri di tepi jendela berkaca tanpa dibuka dibahagain tingkat atas. Pintu dibuka tanpa ketukan dan melihat isterinya dan anak perempuan sudah sibuk didapur mengemas."Rossa! jangan berdiri ditepi jendela tingkat atas, nanti kau terjatuh, kata Edward" (bimbang takut anaknya membuka tingkap dan bermain dianjung tempat hiasan pokok renek)

"Tidak, jawab Rossa selamba, dan Edward terdiam, kerana memahami perangai budak budak kadang kadang bercakap tanpa mengetahui" Selepas sarapan mereka sekeluarga bersiap untuk tidur, kamar anaknya tidak jauh dari bilik Edward, seperti biasa sebelum tidur Edward akan  memadam lampu dibahagaian tingkat bawah satu persatu, dan berlalu ke tingkat atas. Selang beberapa minit lampu yang dipadam terbuka sendiri.

Tiba tiba, arrrrrrr bunyi Rossa menjerik, bergegas Edward dan Isterinya Emily memasuki bilik anaknya, Kenapa? tanya Emily, jawab Rossa, ada orang tarik selimutnya. Edward dan Emily mengeluh, ummphhh, (perangai anak kecil mahu perhatian ibubapa, kata Edward kepada Emily).
Awak bermimpi, kata Edward, Tidak! balas Rossa, ada orang tarik selimut.

Manakala, Panggg!!! bunyi periuk jatuh kelantai diruang makan tingkat bawah, terperanjat satu keluarga, Edward turun ke bawah dan ternyata periuk terjatuh, agak hairan macam mana boleh terjatuh, kata Edward dalam hati, sedangkan pintu terkunci untuk menghalang binatang buas masuk.

Edward terhenti ditengah anak tangga, dan mula melihat disetiap sudut ruang tamu, dengan kehairanan dan menggaru kepala, memikir kembali samada dia benar benar menutup lampu sebelum naik tidur atau tidak. ummppp.

Setelah memasuki bilik  Rossa, Emily masih disitu mendodoi anaknya, dan ketika itu terdengar lagi periuk terjatuh, kali ini dengan kuat sekali dan bunyi macam banyak yang terjatuh serentak dengan pekikan Rossa kerana terperanjat.

"Awak duduk di sini jangan kemana-mana kata Emily kepada Rossa," ketika menuruni anak tangga perlahan lahan, mereka berdua cuba membuka suiz lampu tapi tidak menyala, Tolong pergi ambil lampu suluh! kata Edward kepada Emily, sambil matanya meninjau ninjau di ruang tamu sebelum memasuku dapur.

Nah! lampu, Emily memberi kepada suaminya, mereka turun perlahan sambil membuka lampu picit dan fokos disetiap ruang, nasib baik lampu meja boleh dibuka tapi agak malap.kata Emily.
Dan menuju ke bahagian dapur dan lampu syiling tak juga dapat menyala, lampu picit disuluh menghala ke tempat periuk dan peralatan dapur yang lain dan tiada benda diatas lantai,

Tiba tiba bunyi buah guli jatuh bertaburan di lantai di ruang tamu, Emily menutup mulutnya dengan dengan tangan kerana terperanjat dan Edward berdiri kaku sejenak, mereka menoleh perlahan lahan kebahagian sudut ruang tamu, alangkah terperanjatnya mereka ada satu maklok umpama manusia sedng duduk diatas kerusi di tepi lampu meja yang malap serta membelakangi mereka berdua.

Tiba tiba, Rossa pula menjerit dengan kuat sekali dan serentak Emily, Edward mengalih penglihatan ke atas, Edward! kata Emily sambil mencuit bahu dan menuding jari ke tempat maklok tanpa diundang duduk di dalam rumahnya, sudah tiada, balas Emily.

Bergegas pula mereka berdua naik ke atas menuju ke bilik Rossa, Arrrrrrrrr Emily pula menjerik apabila melihat satu jasad tubuh seperti manusia yang hodoh serta mengerikan berdiri dipenjuru katil Rossa.....

Cahaya lampu suluhan tepat dimata maklok tersebut, Edward tidak lagi merasa takut tapi timbul dihatinya untuk memukul sambil menjerit "Pergi Kau dari rumah Ku!" kata Edward kepada jembalang yang jahat.

Malam itu mereka tidak dapat tidur nyenyak, kecuali Rossa, paginya mereka keluar rumah paderi meminta tolong mencari jalan penyelesaian. Malangnya Paderi juga tidak dapat kerana dia pernah ke rumah itu dahulu untuk menyucikan kuasa hitam / jahat, namun menemui jalan buntu. Tiada pilihan, kata Edward kepada isterinya, kita harus berpindah.

Ketika matahari masih tinggi mereka membuka semua tingkap dan menyelak langsir, membuka semua lampu dan mengambil barang yang perlu. Di luar rumah mereka memandang buat kali terakhir rumah yang baru dibeli tapi tak dapat merasai suasana yang indah, Emily tunduk kesedihan.

Banggg! bunyi kuat, mereka menupu ke rumah, semua pintu dan lampu tertutup sendiri, di atas tingkat, ditepi jendela berdiri seorang kanak kanak perempuan melihat mereka meninggalkan kawasan halaman. Angin mula bertiup laju, pepohon bergoyang disekeliling rumah tersebut.

Featured Episode: Edward dan Emily Bermalam Di Rumah Jiran 120meter dari Rumahnya.



Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia