About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Pembela Si Turin Berpindah, Setelah Anaknya Menjadi Mangsa Korban

Ramai yang pernah mendengar cerita tentang kelibat makhluk bertubuh kecil dan berkepala botak yang menjadi khadam kepada tuannya untuk mencuri duit orang tanpa disedari mangsa.


Kelibat tersebut merupakan toyol yang mana ia dikategorikan sebagai makhluk halus dan cerita mengenainya banyak kedengaran di era-1960-an, 1970-an dan 1980-an. 

Kelemahan Syaitan dan Suku kaum maklok halus



Biarpun zaman telah berubah dengan kepesatan teknologi terkini, namun masih ramai yang mempercayai kewujudan toyol. Dalam aspek ini bukan masalah utama percaya atau tidak, akan tetapi maklok halus memang wujud. Bezanya adakah masyarakat memerlukan pihak ke 3 untuk kepentingan pribadi?.


Menurut kepercayaan masyarakat, toyol memiliki ‘majikan’ dan sememangnya dibela untuk mencuri wang. Biasanya makhluk belaan ini sering dikaitkan

denga kebaikan dan keburukan, sememangnya semuanya adalah "buruk" dan tiada istilah ada kebaikan membela "Toyol" kerana bila sampai masa ia akan mengundang bahaya, begitulah kisah tentang, "Toyol si Pencuri atau Si Turin kembali.

Kisah si Mamat menang loteri tersebar diseluruh kampung dan juga perkampungan jiran, selang 3 hari: Tatkala petang macam biasa jiran tetangga kampung berkumpul sembang dan membawang di kedai kopi ada dihalaman rumah, kampung yang sungguh meriah.

Apa khabar semua? seorang lelaki tua membuka bicara
Khabar baik, kami semua, Jawab Makcik Kiah, sila lah duduk dan apa berita boleh kami bantu?
Orang tua: Arr saya cuma bersiar-siar, sambung orang tua, saya dengar dan ramai orang perkata tentang seorang penduduk kampung menang loteri, siapa tu? bertuah, murah rezeki.

Makcik kiah, dah mula agak, "something wrong" dan ada sesuatu tentang orang tua ini. Selamba Makcik Kiah menjawab, ya 2 hari lepas dia menang besar. Dengar khabar dia mau beli satu lagi rumah kat hujung kampung nih. Sekarang dia masih duduk kat sana, sambil menuding jari ke arah rumah hijau dekat pohon mangga.

Ooo, sahut orang tua, baiklah saya minta diri dulu nak sambung berjalan jalan dan melihat suasana kampung.

Malamnya, cucu! cucu! sahut orang tua memanggil cucunya, tak jua muncul, Turin! dipanggil dengan kuat, maka munculah Si Turin, ya tuan!! ada apa panggil saya? Turin! Aku ada tugas untuk kau malam ini, sila pergi ke rumah hijau depan rumahnya ada sepohon mangga.

Tuan! sudah lama cucumu ini tidak minum, berilah aku sedikit darah segar, jika tidak cucu tak akan dapat menjalankan tugas kerana kelaparan. Maka terpaksalah orang tua itu memberi ibu kakinya kepada Turin untuk menghisap darah, memandang telah ketiadaan darah ayam hitam lagi.



Maka tepat jam 2.00pagi Turin keluar rumah menuju ke lokasi yang diberi tuanya, dia menyelinap masuk mengikut pintu dapur dan menuju ke ruang tamu, disitu Turin menjadi kaku, badannya menjadi menjadi panas, kaki seolah dipegang oleh sesuatu, dia terus meluru lari dengan pantas tercunggap cunggap, diluar rumah dia menjadi lemah serta kepucatan dan seolah kelemasan..

Jam hampir pukul 5.00pagi, tuan pembela toyol menunggu diruang bilik pemujaan, Si turin tak juga pulang, sehingga waktu subuh kelibat Turin tak juga muncul. Esok malamnya, Pembela Toyol memuja muja dan memanggil wahai cucuku, kenapa kau tidak pulang semalam? Pulanglah kau malam ini, aku menanti, wahai cucu kesayangan!.

Tepat jam 12malam, maka bayang Turin telah muncul dan berjalan masuk ke bilik pemujaan. Matanya merah, serta kepucatan, maka berceritalah si turin kepada Tuan-nya selepas ditanya,

Rumah hijau tersebut ialah rumah seorang Ustaz dan juga Iman masjid di kampung tersebut. Orang tua itu teradsa amat malu, baru lah dia tahu kenapa akhir akhir ini Turin tidak membawa duit, kerana penduduk kampung telah mengetahui.

Lama kelamaan, orang membela toyol tersebut semakin hari semakin kurus, darahnya habis dihisap oleh Toyol peliharaan,  Tepat jam 2.00pagi dia mula jalankan upacara untuk menghapus dan menangkap toyol untuk dibuang, darah ayam jantan hitam diletak dalam mangkuk, dan seperiuk pulut kuning dan telor.

Ketika toyol sedang mnjilat darah, orang tua tersebut terus melibas pedang untuk memotong lidah toyol, tapi gagal, toyol tersebut terus melompat dan hulang dari pandangan. Hampir seminggu dia membuat pemujaaan kembali tetapi toyol tidak muncul, sehingga hari ke 7, anak kecilnya meninggal dunia, dengan khabar, ia telah menjadi korban toyol yang kehausan darah.

Selang seminggu orang tua tersebut meninggalkan kampung dan berpindah jauh ke tempat asing. Tak lama kemudia dia juga meninggal dunia.

Person Editor: Flynns

No comments:

Post a Comment

We Open For The Advertising - Iklan From Celtic Avenue

Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia