Wanita, yang ternampak budak kecil yang berjalan laju berselisihnya dengan dalam samar samar pagi itu ialah tak lain dan tak bukan Si Turin - Toyol pencuri.
Bisik hatinya: ini memang si toyol, tak kan ada budak kecil berjalan seorang diri dan laju dalam gelap pagi adalah mustahil bagi seorang manusia.
Wanita itu menoleh ke belakang, ternanpak bayang bayang hitam kecil menoleh ke arah kiri jalan 3 blok rumah dari kediamannya.
Tak sampai 3 hari dia ternampak maklok ganjil berselisih denganya, rumur rupanya telah tersebar secara senyap serta meluas dan menjadi bisikan penduduk kampung secara senyap senyap.
"Sering terdengar kisah toyol dipelihara bagi tujuan mencuri kerana ia dikatakan mampu menyelinap ke ruang kecil dan menjejak wang meskipun barang berharga disorok di tempat tersembunyi."
Kelincahan makhluk itu dikatakan kerana ia menyerupai kanak-kanak kecil menjadikan ia senang masuk ke ruang kecil.
Cara cara menjerat Si Turin Bermula
Setelah berjumpa Tok Bomoh bagai, apa lagi penduduk kampung yang selalu mengalami kehilangan mencuba petua dari Tok Bomoh iaitu:
1- Tabur kacang hijau disetiap sudut rumah, ia membuatkan Si Turin - Toyol menjadi leka dan terlupa untuk mengambil duit.
2- Ikat wang ringgit dengan getah "rubberbend" kerana ia menjadi pantang larang toyol dan kanak kanak bermain getah.
Ia menjadi kata Kak Kiah: tetapi untuk 5 hari sahaja, bagi tahu pada Tok Bomoh, memang kacang hijau yang saya tabur tiba tiba berada disatu tempat, bila saya bangun pagi. Tetapi ia hanya bertahan 5 sahaja, selepas itu duit tetap juga hilang Tok!
Ikat duit dengan gelang getah, pon sudah, itu juga untuk 5 hari sahaja, selepas itu duit tetap hilang, alah ia terjadi kepada penduduk yang lain.
Tok Bomoh: Aku nih bukan "teror" bijak-sangat pasal nak menangkap Toyol nih Makcik Kiah, tapi kalau dapat tahu siapa pembela si toyol, Tok dapat hapuskan.
Habis, macam mana nak dapat tahu si pembela Toyol Tok? Sahut Makcik Kiah, kat Tok Moh!
Baiklah, kau buat kecoh dikampung itu bahawa ada penduduk menang loteri atau kisah orang kaya raya baru pindah ke kampung dan mesti bersepakat, dalam sehari mesti ada orang yang kurus sifatnya, mata kedalam, akan bertanya kisah orang menang loteri. Maka dialah tuan penya pembela Toyol.
Apa lagi Makcik Kiah, yang terkenal mulut kewartawanan telah membuat "havoc" kisah jiranya menang loteri besar dan akan memdirikan rumah banglo 2 bijik di hujung jalan.
Di kedai kopi, di kedai runcit semua menceritakan tentang si Mamat, menang "Loteri".
Bersambung - Sila baca dahulu kisah Maklok Halus.
No comments:
Post a Comment