About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Toyol Muncul Lagi


H airan, Aku,,, kata Cik Mat! Dia memang ingat wang kertas RM10 dan RM50 ada dalam poket seluarnya, tapi tiba-tiba tak ada selepas dia menyeluk poket untuk membayar nasik lemah Kak Tom.

Puas dia berfikir mungkin menggunakan wang kertas tersebut pada kelmarin, tetapi dia yakin selepas balik dari bermain futsal dengan warga veteran, dia tak membeli apa apa keperluan.


Lalu dia menyampaikan kisah tersebut kepada jirannya Cik Dollah, Ya Mungkin jugak ada "Toyol" kata Cik Dolah!.

Cerpen Jer
Photo hanya untuk hiasa semata-mata

 

Kenapa Cik Dolah kata begitu? Tanya Cik Mat.

Sebab aku pasti pinggang yang aku cuci 3 hari lepas kering, tetapi bila aku ambil untuk menghidang nasi, aku lihat air penuh dalam pinggang tersebut, sedangkan tak hujan dan rumah aku tak mengalami kebocoran, tambah-Cik Dolah, dengan yakin.

Aku pon rasa hairan kata Cik Dolah!

Tiba-tiba ada mata pisau keping nipis depan pintu aku dan sepucuk "paku payung", entah dari mata datang.

Pada malam itu Cik Mat mula memasang jerat untuk memastikan wangnya hilang adalah angkara "Toyol". Lalu dia pergi ke rumah "Mamak" jiran sebelah untuk meminjam 5 helai bulu ketiak yang kerinting dan baunya dah macam minyak sapi goreng.

Didepan pintu bahagian dalam rumahnya dia meletakkan beberapa biji guli dan menabur "tepung gandum" diatas lantai sehingga ditepi meja dan meletakkan beberapa wang kertas diatasnya disertakan dengan "bulu ketiak Mamak".

Tepat jam 12malam Cik Mat pon tersadai lena dalam tidur, keesokan pagi dia melihat biji guli yang diletak depan pintu telah hilang dan dia dapat lihat kesan tapak kaki budak kecik, bulu ketiak Mamak juga terusik dan bertaburan tetapi wang kertasnya tak hulang dan masih kuat dalam ikatan gelang gelang.

Malam esoknya, dia memasang perangkap yang sama, tetapi kali ini dia juga seakan telanjang hanya memakai seluar "boxer" dan tak berbaju sambil memegang kuali nipi macam papan "pingpong" duduk disebalik kain tabir.

Jam didinding menunjukkan tepat 12malam, angin malam bertiup lembut sesekali mengoncangkan pokok ditepi pagar rumahnya. "Toyol" belom juga muncul, sedang Cik Mat "relax" diatas bangku...

Tiba tiba dia terdengar biji guli terjatuh kelantai dan bergolek ditepi kaki kerusi tempat Cik Mat duduk. Perlahan-lahan dia melihat melalui langsir jendela yang labuh dan nipis dia memang nampak bayang-bayang seperti budak kecil sedang ditas meja tempat berdekatan dengan wang ringgitnya.

Ya benar seekor "Toyol" sedang bermain dengan "bulu ketiak Mamak" dan cuba meluruskan bulu tersebut berkali-kali dan tidak jugak menjadi lurus.

Berbuih buih muluk si Toyol, khusuk melurut lurut bulu ketiak "Mamak"..

Cik Mat keluar dari sembunyi dengan perlahan-lahan menuju ke belakang Toyol yang sedang asyik bermain bulu ketiak dan "Kelempong Bunyi yang kuat" dia telah menghentok kepala Toyol dengan kuali nipis.

Menjerit-jerit Toyol dan melompat lari sekilas mata memandang dan hilang dalam kegelapan malam yang penuh sunyi dan mengerikan.



Person Editor: Flynns

Bercerai Kasih Didada Ombak

P agi yang cerah, sesakali angin selatan memupuk, membadai pantai yang sunyi dikala pagi, bot bot nelayan berlepas ke lautan luas, sehingga hilang dari pandangan.

Amran hanya melihat, mata tertumpu ke pantai, melihat ombak dan buih buih dipergigian, beberapa ekor burung camar hinggap dihujung meja kopinya. Sesekali melihat handphonenya tak juga berbunyi dan tak juga menerima text "messaging". Aira busy mungkin, bisik hatinya.

Amran

Aira, gadis kenalannya semasa ia bekerja di bandar kuala lumpur tak lama dahulu sebelum dia berpindah ke kawasan pendalaman, dikawasa pantai yang luas membiru. Rumahnya mengadap pantai, kiri kanan rumahnya dihiasi pepohon hijau yang renek dan sepohon mangga yang rendang.

Waktu pagi disini agak sunyi kerana penduduk setempat masing2 bekerja, cuma bunyi enjin bot nelayan yang melintasi. 



Bang! kueh, mahu beli kueh, seorang anak kecil membawa sebangkul yang berisi bermacam kueh, Amran bangkit dari kerusi dan meletakkan anak kucingnya di atas meja, sambil melihat lihat juadah yang dijual oleh kanak kanak tersebut. matanya tertumpu kepada roti bakar berinti kacang hijau, habis disapu olehnya, kanak kanak tadi tersenyum gembira, kuehnya laku.

Ketika hari  semakin meninggi, makin ramilah manusia datang bertandang kepantai untuk berkhelah, seperti hari hari sebelumnya, pepohon rendang akan menjadi tempat persinggahan, ada yang datang memasak dan ada pula yang membawa makanan yang sudah disiapkan.

Ring, ringgg, ring, handphonenya berbunyi, tanpa membuang masa Amran menjawab pangilan yang ditunggunya, iaitu panggilan dari Aira, kekasihnya.

Bila you nak datang ambil I, kata Aira, Teringin nak melihat kampung awak, satu hari nanti saya bawa you datang ke sini. 

Petang itu, Amran ke bandar mencari cincin pertunangan, dalam tak sedar tiba tiba, kereta yang pandunya terlanggar sebuah kereta kancil. Remuk dan kemek kemek keretanya, manakala kereta Kancil tak ada apa apa yang kemek atau tercalar.

Ooiii  buta ka? kata drebar Kancil dan melamgkah keluar melihat keretanya, hah tengok "Calar" kereta aku, sambil menunjukkan calar lama dan retakan kemek yang juga lama.

Bagi aku RM300.00 kerana kau telah melanggar kereta aku, Tapi kata Amran, kereta saya yang kemek serta remuk encik! Kereta encik tak ada apa apa, Tak ada apa apa jawab kau! kata Pakcik drebar kancil. bawa RM300.00 kalau tak aku bawa ke balai kerana kau telah melanggar kereta aku. 

Baiklah encik, kalau itu yang encik mau, Amran mengambil bagnya yang berisi wang, dan bagi RM200.00, mana cukup jawab pakcik tadi, kata nak bagi RM300.00, bawa sini RM300.00 duit banyak pon kedekut kata Pakcik tadi. Tanpa membuang masa Amran bagi amount yang dipinta oleh drebar kancil tadi.

 



Sambil memandu Amran melihat kebelakang, tersenyum Pakcik tadi dapat RM300.00, Ini macxam perangai orang tua poin ada ka? Bisik hati Amran.

Selang beberapa hari Amran telah bersedia untuk ke rumah Aira, untuk masuk meminang kekasihnya yang dikenali sudah masuk hampir 7 tahun. Aira pula sibuk menyediakan hidangan untuk majlis pertunangannya. Pagi itu dia bertolak ke kampung Aira membawa Makcik Senah dan keluarganya sebagai perantara dengan menaiki kereta BMW dan meninggalkan kereta Hondanya yang kemek.

Setiba diperkarangan rumah Aira, suasana cukup meriah, bagai majlis kahwin pula, Tengahri itu, mereka semua hanya duduk dihalaman rumah yang luas, sambil meneguk tea dan sedikit kueh mueh.

Ibu Aira tak habis habis tersenyum gembira, ya lah nak bermenantukan seorang jejaka yang kacak, kaya pulak tuh, dan juga baik hati. Bapak Aira hanya terdiam, tanpa sebarang katah kata.

Kemudian, Amran berkata, Makcik, Pakcik kita balik dulu, Makcik Senah dan keluarga kehairanan, hantaran pinangan tak juga berlansung. Keluarga Aira terngaga nganga terasa pelik begitu juga keluarga Makcik Senah. Majlis pertunangan tergantung tanpa sebarang ikatan.


Bersambung.......

Person Editor: Flynns

Kak Ton Menjerit Jerit Pak Jusoh Kayuh Tak Henti Henti Angkara Mahukan Anak

A banggggg, manja sekali kak Ton memangil pak Jusoh, mereka pok pek pok pet kat dapur sambil memasak gulai lemak udang galah, besar udang galah, hidup lagi tuh. Pak Jusoh tengok aja lah udang galah tuh melompat lompat.

Itulah awak, kata Kak Ton, merapu rapu tak tentu pasal, kerana udang galah menjadi semua tak kena, Nak buat cam mana kata Pak Jusoh, dah tak der rezeki.


Hutan Rimba yang penuh misteri



Apa kata kita pi jumpa Tok Wan kat Kampung Batu Tergatung, kalau doktor dah jumpa, ubat itu ini tak berhasil. Bila Abang nak pi, "kata Kak Ton"Esok, selamba jawab Pak Jusoh.

Pagi esoknya pergilah mereka ke Kampung Batu Tergantung, melalui jalan yang kecil sahaja, cukup cukup sebijik kereta lalu, kiri kanan dipenuhi pepohon yang merendang, merentas anak sungai, padang tumput, sawah padi, kebun kelapa sawit..

Mereka pon berehat sekejap di bawah pohon ara berhampiran anak sungai, angin bertiup sungguh lembut terasa dingin ya Bangggg, kata Kak Ton. Arr ahh jawab, pak Jusoh, bersih plak tuh tempat ini. Sesuai kalau kita buat!!.....

Kedebumm!!!!!!....Belom habis berbicara, sebijik kelapa jatuh berdesing atas bumbung wakaf tempat mereka berehat, tergolek jatuh kat dalam sungai. "Anjat Tita!!!!. Kecut habis.

Jom ler kita bergerak kata Pak Jusoh, kan lambat pula kita sampai. Kalau cepat sampai cepat pula kita dapat hasilnya, elok sangattt! Kata Kak Ton, duduk sini lama lama naik seriau hati Ton!!!.

Harapkan Abang, kelapa jatuh atas bumbung dah kecut, Alah awak pon sama kata Pak Jusoh!.Belom apa apa dah menjerit, itu yang Abang terperanjat sebenarnya. Dah macam "Pontianak" menjerit jerit. dah la sunyi kat sini, "tambah Pak Jusoh".

Nak dipendekkan cerita yang panjang, begalah galah, penuh liku liku dijalan yang sepi itu mereka pon sampai kerumah Pak Wan selepas Asar. Ada masalah apa, kata Pak Wan, begini cerita dia Tok, kami nih dah berubat bermacam macam cara, jumpa pakar, makan ubat itu ini, tetapi kami tak juga dapat anak.

Dah berapa lama berumah tangga? kata Tok Wan, dah masuk 5 tahun tok. ummmmh,

Dah makan "Tongkat Ali", Tongkat Abu, Payung Kembang Semangkok? Tambah Pak Jusoh. Antara kamu siapa yang ada masalah, saya lah Tok, Jawab Pak Jusoh, doktor yang kata, bukan saya.

Maka petang itu pak Jusoh dirawat dengan cermat, diasap asap sana sini, dikipas bagai, ditarik tarik, dipulas pulas sampai berpeluh mereka berdua. Hah dah siap kata Tok Wan, elok lah kamu cuba "try" secepat yang mungkin.

Pulang lah Pak Jusoh dan Kak Ton, ketika hampir Maghrib, tak sabar sabar kata pak Jusoh, ko nak sangatkan, Letih plak Abang, Ton, siang tadi berkayuh, sekarang berkayuh lagi. Apa kata kita berehat sekejap dan sambung lagi, dalam perjalanan sukaria mereka sampai ke pertengahan. Tiba tiba angin bertiup terasa amat dingin, pepohon bergoyang goyang, Abangggggg! Jerit Kak Ton, naper? Tanya pak Jusoh, "Jangan berenti" kita teruskan, kuat sikit banG!! Riuh rendah suara mereka bagai "Kapal diserang Todak", suara bising sana sini macam "kelasi" jatuh pengsen. 

Kak Ton dah cemas, tengok kiri kanan, tengok depan dan tengok belakang dah tak ada, tengok tengok ada kat atas, Abanggggg!! Makin kuat Kak Ton menjerit, makin kuat Pak Jusoh berkayuh, kaki dah nampak macam gasing berpusing,  berpeluh peluh, menitis atas dahi, badan Pak Jusoh habis basah kerana peluh.

Tiba tiba, Arrrrrgghhhh!! Suara Pak Jusoh plak, Kenapa! Tanya Kak Ton, tuh hah dia duduk kat depan la plak. Langgar ja bangG!! Kata kak Ton, sondol jaa.. nak rempuh macam mana aku dah penat berkayuh nih, mengigil gigil dah lutut aku. Kumat kamit, kumat kamit muluk Pak Jusoh membaca surah Al-Qur'an. "Hantu Pucong" tak juga bergerak berdiri betul betul ditengah jalan.

Mata hantu tersebut merah menyala berkilau, kain putihnya terurai ditiup angin, Apa kita nak buat? Selepas kemudian itu hantu pucong tersebut tiba tiba hilang dari pandangan, tapi...Kak Ton menjerit jerit lagi, Pak Jusoh tak henti henti berkayuh, rupanya hantu tersebut ada kat belakang Kak Ton. Lajunya kayuhan Pak Jusoh dah macam "Mat Rempit" naik motor.

Arrghh, Lega, kata Kak Ton, hantu pucong dah tak ikut kita lagi, tapi aku dah tak nampak jalan nih Ton, sahut Pak Jusoh. Suasana sudah gelap, kabut kabut mula menyinsing menutupi jalan, hanya sesekali terdengar kicau burung serta unggas unggas.

Setiba mereka dikawasan rumah, Pak Jusoh tendang "Basikal" buruknya, sampai tertanggal loceng, dah la break tak makan, penat aku kayuh tadi Ton!!! Celaka punya hantu. Malam itu mereka tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan dan ketakutan, sampai terlupa niat mereka nak buat apa yang disuruh oleh Tok Wan..


Person Editor: Flynns

Diganggu Hantu Kucing

Dikampung, benda benda ghaib dan penyakat manusia,memang sentiasa ada. Percaya atau tidak terpulang pada anda, kerana ramai tak pernah alami, kalau dah kena sekali baru tau.

Cerita Pendek
Diganggu Hnatu Berupa Seekor Kucing

 

Tapi percaya tak percaya, masyarakat kota tak juga berani nonton filem seram kat pawagam.

Entah mengapa aku, hari itu aku sanggup pula balik awal pagi ke kampung, biasanya aku tunggu cerah dahulu. Dari bandar kecil aku menaiki kereta sapu ke kampung, mengambil masa dalam 15 minit. Setiba di kampung, iaitu di jalan besar, aku berhenti dan akan memulakan dengan berjalan kaki.

Oleh kerana terlalu pagi dan masih gelap, dan belom subuh pulak tuh, so aku hanya duduk ditepi jalan, berdekatan sebuah rumah orang kampung. Lega hati makcik tuh dah buka kedai/gerai kecil. Itulah masalahnya, aku tak pula berfikir kenapa rumah gelap dan kedai ditepi cerah, dan nampak macam ada orang.

Tiba tiba seekor anak kucing mengiaw giaw dikaki ku, aku cuba tolak tolak menggunakan kaki, kucing tadi masih mengiaw giaw dan menggesel badannya ke pergelangan betis ku. Comel pula anak kucing hitam nih, bisik aku, terfikir ja nak bawak balik, tapi aku rasa itu kucing milik tuan rumah tuh.

Sudah 2 batang habis aku hisap rokok, rasa boring plak duduk ditepi jalan nih, aku pon melangkah menuju jalan kecil yang samar samar nampak jalan,

Tiba tiba anak kucing tadi mengikut aku, tapi bukan dibelakang, tapi disebelah kiri aku dalam semak samun, dia mengiaw giaw. Sampai dipertengahan jalan kucing tadi masih mengiaw giaw kat sebelah, aku  uat bodo  ja. Sampai disatu tempat aku rasa tak confident dengan kucing tadi, macam mana dia boleh berjalan seiring dengan aku, sedangkan ada semak samun dan tembok dinding rumah orang, macam mana dia melintas bisik hati ku.

Lalu aku berhenti sekejap, menoleh kearah suara anak kucing tadi dan dia mengiaw dengan lembut, hiaran pula aku, kenapa dia tak ikut dibelakang aku ja, kalau nak ikut? Aku berhenti dia berhenti berjalan. dan mengiaw giaw pula dalam semak samun.

Aku teruskan berjalan, apa lagi suara kucing tadi mengiaw giaw makin kuat, aku rasa dah serabai, bulu roma berdiri, terasa bulu leher mengembang, nak berlari itu kerja lagi tak elok, so aku confident berani serta membuka lampu dari handphone lama, masa tuh android belum tercipta. Tau tau ja lah cahaya lampu handphone, malap semacam.



 

Aku tak henti henti baca ayat suci al qur'an yang aku ingat, dan suara kucing mengiaw masih kedengaran, aku confirm ini bukan kucing, mesti "SETAN" sebab aku sudah sampai ke satu halamam rumah sebuah penduduk kmapung yang berpagar pagar dan halaman rumah tersebut terang tanpa sampah, pepohon, dan kucing tersebut mengiaw giaw seolah olah berada de belakang rumah tersebut iaitu hampir diselekoh yang mana sepatutnya aku lalui.

Nampaknya dia dahulu sampai sebelum aku! Aku dah mula "cuak" aku beranikan diri berjalan juga hingga ke selekoh dan memasuki kawasan sanak saudara aku, lega rasa, tapi rumah masih kedepan.

Ya kucing tadi masih mengiaw giaw, kali ini dalam hutan tebal, tapi kedengaran sungguh jelas, seolah olah ada ja kat sebelah aku.

Setelah sampai dihadapan rumah sepupu aku, memang rumah masih gelap, tak ada lagi bangkit tidur, tapi aku rasa berani sikit. Di siru aku berhenti dan membaca surah Ayat Qursi, kucing tersebut masih mengiaw tapi macam sedih suaranya. Aku boleh agak dia berhenti kat hutan betul betul dekat pohoh pulau dan pokok-pokok yang lain.

Yang aku hairan, suara mengiaw nya seolah dia berada jauh dari aku, tapi kenapa suara dia jelas, bukankah ia masih anak kucing? Dari jalan besar hingga ke kawasan pendalaman dia ikut aku. itu sudah melampau. So terus melangkah dan dia masih mengiaw dan kali dia tak bergerak, seolah dia sudah berenti, tapi masih mengiaw giaw.

Leganya aku sudah sampai ke rumah aku dipagi yang penuh gelap. Hnatu kucing tadi telah berenti dalam hutan dan tak kedengaran lagi suara dia.


Person Editor By: Flynns

Digantung Sampai Mati

KisahSeorang janda dan dua lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu, yang mayatnya masih belum ditemui sehingga kini.

Penjara Pudu

Hakim Datuk Abdul Halim Aman, membuat keputusan itu terhadap Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 28; Mohd Zulhiami Md Darus, 33, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 25, yang didakwa membunuh Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar pada 29 Ogos 2016.



Abdul Halim ketika membaca keputusan, berkata pembelaan ketiga-tiga tertuduh secara keterangan bersumpah dalam kandang saksi adalah berbentuk rekaan dan penafian semata-mata.

Abdul Halim turut menyifatkan perbuatan dilakukan semua tertuduh adalah kejam, teruk dan tidak berperikemanusiaan, selain perbuatan itu dilakukan dengan niat mematikan mangsa.

“Melihat situasi ini, keterangan ditampilkan saksi ketujuh pendakwaan iaitu seorang saksi mata, jelas menyatakan dia nampak tertuduh ketiga (Muhammad Rahmat) memukul kuat kepala si mati dengan kayu hingga menyebabkan kayu berkenaan patah.

“Si mati dalam keadaan terbaring. Dia (saksi ketujuh) kata nampak si mati rebah menggelupur dan nampak darah di lantai serta dinding akibat pukulan itu.

“Sebelum si mati pengsan, saksi nampak Siti Nor Asiah dan Muhammad Rahmat berbincang, malah Siti Nor Asiah mencadangkan mayat dibungkus dengan tilam. Muhammad Rahmat memberitahu saksi, dia memukul si mati atas upah duit yang ditawarkan Siti Nor Asiah,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Halim memerintahkan semua tertuduh digantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, seperti tuduhan dihadapi mereka.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat membunuh Mohammad Fairul Haqiemie, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi pada 29 Ogos 2016 di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang.

Muhammad Rahmat juga turut didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqiemie pada jam 4 pagi, di lokasi dan hari sama.

Sepanjang prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak, seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan 41 eksibit dikemukakan.

Person Editor: Flynns

Travel

Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia