About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Misteri Rumah Kosong Di Tepi Bukit

Misteri rumah kosong di lereng bukit, terletak agak jauh dari perumahan yang lain, dan sudah menjadi adab penduduk di sini, rumah didirikan satu lot dan jarak jauh dengan rumah yang lain.

Penduduk setempat arif benar tentang rumah cantik yang berbatu dan berkaca ini didirikan di tepi bukit dan bertasik. Mengikut cerita sudah 5 keluarga tinggal disini tetapi tidak lama, cuma dalam sebulan sahaja.

"Hello!, sahut Mr. Edward, apabila memasuki sebuah kedai jarak 1000 meter dari lereng bukit, Ya saya!, jawab tuan kedai (Mr. Thompson). mereka memperkenalkan diri masing masing.
cerpen  

"Mr. Edward, saya mahu roti, butter, telor dan makanan yang lain seperti potato untuk hidangan malam bersama keluarga.

Adakah awak orang baru disini? kata Thompson, dan adakah awak mengalami sesuatu yang pelik tinggal di rumah di tepi bukit? Edward terdiam, dan berkata dalam hati "macam mana dia tahu aku tingal di rumah itu".

Sebelom meninggalkan kedai, Thompson memberikan buah guli-guli pada Edward, kata Edward, adakah ini untuk anak perempuan saya? Tidak kata Thompson. Ohh, Edward kehairanan dan pergi menaiki keretanya.

Perjalanan pulang ke rumah sudah agak senja, dan tiada mentari di sini waktu petang kerana terlindung dari pepohon yang tinggi serta rendang dan bukit yang tinggi, melalui jalan yang berliku liku untuk sampai ke rumahnya.

"Edward, melihat ke dalam rumahnya dan anak perempuannya yang berumur 6 tahun berdiri di tepi jendela berkaca tanpa dibuka dibahagain tingkat atas. Pintu dibuka tanpa ketukan dan melihat isterinya dan anak perempuan sudah sibuk didapur mengemas."Rossa! jangan berdiri ditepi jendela tingkat atas, nanti kau terjatuh, kata Edward" (bimbang takut anaknya membuka tingkap dan bermain dianjung tempat hiasan pokok renek)

"Tidak, jawab Rossa selamba, dan Edward terdiam, kerana memahami perangai budak budak kadang kadang bercakap tanpa mengetahui" Selepas sarapan mereka sekeluarga bersiap untuk tidur, kamar anaknya tidak jauh dari bilik Edward, seperti biasa sebelum tidur Edward akan  memadam lampu dibahagaian tingkat bawah satu persatu, dan berlalu ke tingkat atas. Selang beberapa minit lampu yang dipadam terbuka sendiri.

Tiba tiba, arrrrrrr bunyi Rossa menjerik, bergegas Edward dan Isterinya Emily memasuki bilik anaknya, Kenapa? tanya Emily, jawab Rossa, ada orang tarik selimutnya. Edward dan Emily mengeluh, ummphhh, (perangai anak kecil mahu perhatian ibubapa, kata Edward kepada Emily).
Awak bermimpi, kata Edward, Tidak! balas Rossa, ada orang tarik selimut.

Manakala, Panggg!!! bunyi periuk jatuh kelantai diruang makan tingkat bawah, terperanjat satu keluarga, Edward turun ke bawah dan ternyata periuk terjatuh, agak hairan macam mana boleh terjatuh, kata Edward dalam hati, sedangkan pintu terkunci untuk menghalang binatang buas masuk.

Edward terhenti ditengah anak tangga, dan mula melihat disetiap sudut ruang tamu, dengan kehairanan dan menggaru kepala, memikir kembali samada dia benar benar menutup lampu sebelum naik tidur atau tidak. ummppp.

Setelah memasuki bilik  Rossa, Emily masih disitu mendodoi anaknya, dan ketika itu terdengar lagi periuk terjatuh, kali ini dengan kuat sekali dan bunyi macam banyak yang terjatuh serentak dengan pekikan Rossa kerana terperanjat.

"Awak duduk di sini jangan kemana-mana kata Emily kepada Rossa," ketika menuruni anak tangga perlahan lahan, mereka berdua cuba membuka suiz lampu tapi tidak menyala, Tolong pergi ambil lampu suluh! kata Edward kepada Emily, sambil matanya meninjau ninjau di ruang tamu sebelum memasuku dapur.

Nah! lampu, Emily memberi kepada suaminya, mereka turun perlahan sambil membuka lampu picit dan fokos disetiap ruang, nasib baik lampu meja boleh dibuka tapi agak malap.kata Emily.
Dan menuju ke bahagian dapur dan lampu syiling tak juga dapat menyala, lampu picit disuluh menghala ke tempat periuk dan peralatan dapur yang lain dan tiada benda diatas lantai,

Tiba tiba bunyi buah guli jatuh bertaburan di lantai di ruang tamu, Emily menutup mulutnya dengan dengan tangan kerana terperanjat dan Edward berdiri kaku sejenak, mereka menoleh perlahan lahan kebahagian sudut ruang tamu, alangkah terperanjatnya mereka ada satu maklok umpama manusia sedng duduk diatas kerusi di tepi lampu meja yang malap serta membelakangi mereka berdua.

Tiba tiba, Rossa pula menjerit dengan kuat sekali dan serentak Emily, Edward mengalih penglihatan ke atas, Edward! kata Emily sambil mencuit bahu dan menuding jari ke tempat maklok tanpa diundang duduk di dalam rumahnya, sudah tiada, balas Emily.

Bergegas pula mereka berdua naik ke atas menuju ke bilik Rossa, Arrrrrrrrr Emily pula menjerik apabila melihat satu jasad tubuh seperti manusia yang hodoh serta mengerikan berdiri dipenjuru katil Rossa.....

Cahaya lampu suluhan tepat dimata maklok tersebut, Edward tidak lagi merasa takut tapi timbul dihatinya untuk memukul sambil menjerit "Pergi Kau dari rumah Ku!" kata Edward kepada jembalang yang jahat.

Malam itu mereka tidak dapat tidur nyenyak, kecuali Rossa, paginya mereka keluar rumah paderi meminta tolong mencari jalan penyelesaian. Malangnya Paderi juga tidak dapat kerana dia pernah ke rumah itu dahulu untuk menyucikan kuasa hitam / jahat, namun menemui jalan buntu. Tiada pilihan, kata Edward kepada isterinya, kita harus berpindah.

Ketika matahari masih tinggi mereka membuka semua tingkap dan menyelak langsir, membuka semua lampu dan mengambil barang yang perlu. Di luar rumah mereka memandang buat kali terakhir rumah yang baru dibeli tapi tak dapat merasai suasana yang indah, Emily tunduk kesedihan.

Banggg! bunyi kuat, mereka menupu ke rumah, semua pintu dan lampu tertutup sendiri, di atas tingkat, ditepi jendela berdiri seorang kanak kanak perempuan melihat mereka meninggalkan kawasan halaman. Angin mula bertiup laju, pepohon bergoyang disekeliling rumah tersebut.

Featured Episode: Edward dan Emily Bermalam Di Rumah Jiran 120meter dari Rumahnya.



No comments:

Post a Comment

We Open For The Advertising - Iklan From Celtic Avenue

Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia