A banggggg, manja sekali kak Ton memangil pak Jusoh, mereka pok pek pok pet kat dapur sambil memasak gulai lemak udang galah, besar udang galah, hidup lagi tuh. Pak Jusoh tengok aja lah udang galah tuh melompat lompat.
Itulah awak, kata Kak Ton, merapu rapu tak tentu pasal, kerana udang galah menjadi semua tak kena, Nak buat cam mana kata Pak Jusoh, dah tak der rezeki.
Hutan Rimba yang penuh misteri |
Apa kata kita pi jumpa Tok Wan kat Kampung Batu Tergatung, kalau doktor dah jumpa, ubat itu ini tak berhasil. Bila Abang nak pi, "kata Kak Ton"Esok, selamba jawab Pak Jusoh.
Pagi esoknya pergilah mereka ke Kampung Batu Tergantung, melalui jalan yang kecil sahaja, cukup cukup sebijik kereta lalu, kiri kanan dipenuhi pepohon yang merendang, merentas anak sungai, padang tumput, sawah padi, kebun kelapa sawit..
Mereka pon berehat sekejap di bawah pohon ara berhampiran anak sungai, angin bertiup sungguh lembut terasa dingin ya Bangggg, kata Kak Ton. Arr ahh jawab, pak Jusoh, bersih plak tuh tempat ini. Sesuai kalau kita buat!!.....
Kedebumm!!!!!!....Belom habis berbicara, sebijik kelapa jatuh berdesing atas bumbung wakaf tempat mereka berehat, tergolek jatuh kat dalam sungai. "Anjat Tita!!!!. Kecut habis.
Jom ler kita bergerak kata Pak Jusoh, kan lambat pula kita sampai. Kalau cepat sampai cepat pula kita dapat hasilnya, elok sangattt! Kata Kak Ton, duduk sini lama lama naik seriau hati Ton!!!.
Harapkan Abang, kelapa jatuh atas bumbung dah kecut, Alah awak pon sama kata Pak Jusoh!.Belom apa apa dah menjerit, itu yang Abang terperanjat sebenarnya. Dah macam "Pontianak" menjerit jerit. dah la sunyi kat sini, "tambah Pak Jusoh".
Nak dipendekkan cerita yang panjang, begalah galah, penuh liku liku dijalan yang sepi itu mereka pon sampai kerumah Pak Wan selepas Asar. Ada masalah apa, kata Pak Wan, begini cerita dia Tok, kami nih dah berubat bermacam macam cara, jumpa pakar, makan ubat itu ini, tetapi kami tak juga dapat anak.
Dah berapa lama berumah tangga? kata Tok Wan, dah masuk 5 tahun tok. ummmmh,
Dah makan "Tongkat Ali", Tongkat Abu, Payung Kembang Semangkok? Tambah Pak Jusoh. Antara kamu siapa yang ada masalah, saya lah Tok, Jawab Pak Jusoh, doktor yang kata, bukan saya.
Maka petang itu pak Jusoh dirawat dengan cermat, diasap asap sana sini, dikipas bagai, ditarik tarik, dipulas pulas sampai berpeluh mereka berdua. Hah dah siap kata Tok Wan, elok lah kamu cuba "try" secepat yang mungkin.
Pulang lah Pak Jusoh dan Kak Ton, ketika hampir Maghrib, tak sabar sabar kata pak Jusoh, ko nak sangatkan, Letih plak Abang, Ton, siang tadi berkayuh, sekarang berkayuh lagi. Apa kata kita berehat sekejap dan sambung lagi, dalam perjalanan sukaria mereka sampai ke pertengahan. Tiba tiba angin bertiup terasa amat dingin, pepohon bergoyang goyang, Abangggggg! Jerit Kak Ton, naper? Tanya pak Jusoh, "Jangan berenti" kita teruskan, kuat sikit banG!! Riuh rendah suara mereka bagai "Kapal diserang Todak", suara bising sana sini macam "kelasi" jatuh pengsen.
Kak Ton dah cemas, tengok kiri kanan, tengok depan dan tengok belakang dah tak ada, tengok tengok ada kat atas, Abanggggg!! Makin kuat Kak Ton menjerit, makin kuat Pak Jusoh berkayuh, kaki dah nampak macam gasing berpusing, berpeluh peluh, menitis atas dahi, badan Pak Jusoh habis basah kerana peluh.
Tiba tiba, Arrrrrgghhhh!! Suara Pak Jusoh plak, Kenapa! Tanya Kak Ton, tuh hah dia duduk kat depan la plak. Langgar ja bangG!! Kata kak Ton, sondol jaa.. nak rempuh macam mana aku dah penat berkayuh nih, mengigil gigil dah lutut aku. Kumat kamit, kumat kamit muluk Pak Jusoh membaca surah Al-Qur'an. "Hantu Pucong" tak juga bergerak berdiri betul betul ditengah jalan.
Mata hantu tersebut merah menyala berkilau, kain putihnya terurai ditiup angin, Apa kita nak buat? Selepas kemudian itu hantu pucong tersebut tiba tiba hilang dari pandangan, tapi...Kak Ton menjerit jerit lagi, Pak Jusoh tak henti henti berkayuh, rupanya hantu tersebut ada kat belakang Kak Ton. Lajunya kayuhan Pak Jusoh dah macam "Mat Rempit" naik motor.
Arrghh, Lega, kata Kak Ton, hantu pucong dah tak ikut kita lagi, tapi aku dah tak nampak jalan nih Ton, sahut Pak Jusoh. Suasana sudah gelap, kabut kabut mula menyinsing menutupi jalan, hanya sesekali terdengar kicau burung serta unggas unggas.
Setiba mereka dikawasan rumah, Pak Jusoh tendang "Basikal" buruknya, sampai tertanggal loceng, dah la break tak makan, penat aku kayuh tadi Ton!!! Celaka punya hantu. Malam itu mereka tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan dan ketakutan, sampai terlupa niat mereka nak buat apa yang disuruh oleh Tok Wan..
No comments:
Post a Comment