About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Hantu Pudu

Hantu Penjara Pudu, pantas kita mengaitkannya dengan pelbagai kisah hitam yang kita baca dan dengari selain daripada menjadi pusat tahanan banduan terbesar negara satu ketika dahulu. Tidak hairan jika hantu benar-benar ada di situ, kerana asal usul tapaknya.

Penjara Pudu Kuala Lumpur

 


Sebelum mula dibina pada 1891, tapak Penjara Pudu seluas 8.9 hektar itu asalnya adalah bekas tempat perkuburan Cina Jalan Shaw, kini Jalan Hang Tuah. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil kerahan keringat para banduan yang akhirnya menjadi penghuni kepada 'rumah' yang mereka bina itu.

Pembinaannya bermula dengan struktur tembok sepanjang 394 meter dan setinggi 4.5 meter. Pada 1984, tembok itu dihias mural lukisan sepanjang 860 x 16 kaki oleh seorang banduan bernama Khong Yen Chong.

Mural itu tidak dapat disiapkan Yen Chong semasa menjadi banduan. Bagaimanapun selepas dibebaskan, dia kembali secara sukarela untuk menyiapkan mural tersebut yang kemudian diiktiraf Guinness World Record sebagai lukisan mural paling panjang di dunia.

Ia mengandungi 240 yang terbahagi kepada empat blok -A, B, C dan D. 2,000 orang banduan boleh dimuatkan pada satu-satu masa, namun pada 1985 penghuni penjara ini melebihi 6,500 orang - tiga kali ganda kapasitinya. Keadaan itu menyebabkan banduan terpaksa tidur secara bergilir, malah ada yang mengambil kesempatan untuk meloloskan diri.

Bilik-biliknya kecil dan gelap, hanya ada tingkap sebesar kotak kasut dan tiada jamban. Setiap bilik hanya dibekalkan dengan sebuah tong najis kecil berwarna hitam yang wajib diangkut dan dibersihkan pada setiap pagi ketika mereka diberi masa untuk keluar mengambil udara di perkarangan penjara.

Jabatan Penjara Malaysia merekodkan seramai 180 pesalah telah digantung sampai mati atas pelbagai kesalahan di Penjara Pudu sejak tahun 1960 sehinggalah ia ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 1996 selepas 101 tahun. Ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia dipindahkan ke Penjara Kajang bersama para tahanan yang juga ditempatkan ke Penjara Sungai Buloh.

Penjara Pudu kemudian dibuka kepada orang awam bermula 3 Mei 1997 dengan yuran kemasukan RM12, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindahkan. Lebih RM1.7 juta dibelanjakan untuk mengubah suai kompleks penjara itu menjadi pusat tarikan pelancong.

Ia pada masa sama turut digunakan sebagai tempat tahanan hari untuk banduan yang sedang menjalani perbicaraan sehinggalah pada Jun 2009, kerajaan memutuskan supaya kompleks penjara tersebut dirobohkan secara berperingkat. Ia sudah pasti mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya para pejuang warisan dan sejarah negara.

Ahli Parlimen Bukit Bintang ketika itu, Fong Kui Lun (DAP) mempersoalkan mengapa Penjara Pudu tidak dikekalkan dan dijadikan sebagai salah satu monumen warisan sejarah negara. Ia dijawab Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Awang Adek Hussain (UMNO) bahawa "pada pendapat kami, ia (Penjara Pudu) bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan."

Walhal sebenarnya tapak tersebut mahu dibangunkan sebagai sebuah lagi kompleks perniagaan dan pejabat. Selepas dirobohkan sepenuhnya pada Disember 2012, tapak Penjara Pudu kini sedang diusahakan oleh UDA Holdings menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) dengan kos projek bernilai AS$ 1 bilion.

Begitulah nasib kompleks penjara tertua di Malaysia yang menyimpan pelbagai kisah dalam lipatan tebal sejarahnya. Penjara ini menjadi saksi pelbagai peristiwa, termasuk rusuhan pada 1986 dan tempat dua penjenayah tersohor negara, Botak Chin dan Mona Fendi digantung sampai mati.

Sepanjang sekurun operasinya, ia menjadi saksi pelbagai kisah hitam. Macam-macam cerita daripada mereka yang pernah bertugas di penjara ini khususnya pada warden, dari cerita pengalaman mengendalikan para banduan sehinggalah ke cerita paranormal yang menobatkan Penjara Pudu sebagai antara tempat paling keras di negara ini.

Ada yang mendakwa mendengar rintihan, lolongan, jeritan, dan tidak kurang juga yang terlihat malah berdepan dan diganggu kelibat dan entiti yang menyeramkan. Antara cerita yang masyhur adalah potret banduan akhir yang bercahaya, pelbagai siri penampakan dan gangguan di bilik akhir di blok D dan kerasnya sel perhatian khas. Sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang pernah mengalaminya sendiri sahaja yang tahu.

Dari jirat Cina menjadi kompleks penjara yang menjadi tempat terakhir jiwa-jiwa terlaknat, kini sedang dibangunkan kompleks beli belah. Entah apa agaknya kisah yang bakal 'menghantui' BBCC apabila ia siap nanti.

Person Editor: Flynns

No comments:

Post a Comment

We Open For The Advertising - Iklan From Celtic Avenue

Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia