Tiba-tiba, perut ku meragam, tak boleh tahan, biasanya aku akan tahan untuk melepas, jika terasa dalam waktu yang sunyi atau masih gelap, kan ku tunggu jugak sampai cerah, Tapi pagi itu memang tak boleh tahan, kalau tahan lama lama memang aku melepas kat lantai.
Seingat aku, sebelom subuh, rasanya dan hampir subuh barangkali, atau pon baru sahaja lepas waktu subuh, Tapi agak mustahil jika selepas subuh, kerana mak-Ayah aku akan bangkit untuk menunaikan subuh, belom pernah terjadi ibubapa ku bangkit selepas subuh.
Jennifer Lopez, Tapi wajah Ani lagi cantik |
So aku pon turun rumah cepat-cepat menuju ke sawah padi hanya berjalan beberapa langkah, 5 minit berjalan kot jarak rumah dan sawah padi.
Maklomlah dulu-dulu kat kampung orang pergi membuang hajat dekat sawah ja atau kat tepi semak samun.
Hantu, gambar sebagai hiasan sahaja |
Dalam samar-samar aku berjalan mata mesti memandang keatas sikit supaya nampak jalan, apabila hampir dengan lokasi yang aku tujui, Jeng-jeng-jengggggg.
Aku berselisih dengan seorang wanita, cantik, memang aku kenal wanita ini, nama dia Ani, memang cantik, semua tergilakan dia, kalau dia senyum ada lesung pipt kat pipi, kalau dibandingkan dengan artis, Jennifer Lopez, Ani lagi cantik.
So aku tanya Ani, dah siapkah? Awalnya datang? Ani hanya tersenyum, perut semakin mendidih, cepat cepat meluru ke tempat private tuh. Dalam berjalan aku pandang ke belakang, takut takut Ani lihat aku sedang duduk.
TAPI, kelibat Ani dah hilang, dalam hati aku cepat benar Ani berjalan, sedangkan Jalan tuh straight dan agak panjang, mungkin hilang dalam samar gelap, bisik hatiku.
Baru jatuh seketul (kandungan khazanah dalam perut) ntah bagaimana hati ku berkata kata!
TAKkan ANI kot? Pagi-pagi buta? Gelap gelita? Tak kan Ani berani berjalan sorang-sorang? Sedangkan jarak rumah dia dari kawasan sawah agak jauh? Dan harus melintasi kebun getah?
Biar benar!!!!!
Dah tuh, Ani ialah penduduk kampung seberang, iaitu kalau hendak ke rumahnya, kena lintasi kawasan sawahpadi yang luas, merentasi Sungai yang bersemak samun, serta melintasi sawah lagi sekali, barulah sampai ke Rumahnya.
Tapi Ani kan selalu datang ke kampung ini, duduk bersama neneknya dekat kebun getah yang kecil tuh? Bisik hatiku plak...
Impossible!!!! walaupon dia datang melawat nenek dia tak kan dalam gelap gelita dia turun ke sawah sorang sorang? Ani tuh penakut?
Tunggu apa lagi aku cabut lari cepat cepat, walau hajat baru seketul jatuh. Waktu siangnya aku merisik ke rumah "Mak Nik" nenek Ani. Memang Ani tak datang minggu nih ke kampung ku bab belom cuti sekolah.
No comments:
Post a Comment