About Contact Hantu Maklok Halus Blackout Privacy Policy Blog

Hero Image Using Flex

Maklok Ghaib Ada Dimana-mana Sahaja

Mereka telah wujud sebelum kita beritahun yang lalu.

Dikalangan mereka ada yang baik dan ada yang jahat dan suka menyangkat manusia!

Pulang Dari Club Malam Sambil Berkejaran

Di ceritakan pada kekawan dia, nama pangilan glamournya ialah "Misha Pareh". Di jadikan cerita, amat sudah lama Misha tak berhibur dan tidak pergi ke kelab malam dan bersantai pada sebelah malam.

Kesunyian hatinya membuatkan tergerak hatinya untuk lepak lepak di sebuah Tasik di Ibukota, iaitu berhampiran dengan kelab malam, dia masuk ke kelab malam tetapi lebih suka duduk luar sambil menghirup udara malam yang segar, kawan kawan dia yang semua berada dalam kelab malam.



Ketika dia duduk dibangku usang sebelah kelab malam tiba tiba tiba didatangi oleh seorang lelaki bangsa India, maklum malam, wajah lelaki  itu tak jelas, lalu Misha pon mengenalkan dirinya, setelah ditanya oleh lelaki tersebut.

Lelaki India itu bertanya, "Adik comel buat apa kat sini malam malam?"
Misha, "Awak pulak buat apa kat sini" balas Misha.
Kata lelaki itu lagi, "saya kesunyian, kalau cik adik sanggop teman, rasa hilang kesunyian hati!"
Lalu Misha balas "Arr saya tunggu kawan saya"
Ooohhh, jawab lelaki itu, lambat lagi ker kawan you datang?, dan siapa?
Hati Misha: Banyak songgeh plak jantan nih. Tanpa buang masa Misha pun berkata, semata mata untuk menghalau lelaki itu, Arrgh saya tunggu kawan saya, seorang Singh, dia kata on the way, sekejap lagi sampai.
Lelaki india tadi pun pergi dengan menaiki kereta BMW dan berhenti dekat sudut jalan tak jauh dari tempat Misah duduk. Misha paling ke kiri kanan dan tak nampak plak kemana lelaki tadi berjalan, maklumlah gelap.

Selepas lelaki itu, misha didatangi lagi lelaki lelaki yang lain dan bermacam wajah dan rupa, semua bertanya ayat yang sama dengan Misha, naik jemu plak Misha, Dan hati Misha berkata kata, "all of them is not my taste"



Sehinggalah Misha didatangi oleh seorang, berbadan tinggi besar dan tegap, misai menggulung ke atas seperti tanduk kerbau, lelaki itu berpura pura bertanya; "Hello, pukul berapa sekarang"?
bersuara dalam dialek bahasa melayu.
Terus Misha menjawab, "Baru pukul 11.40 abang, dengan manjanya. Boleh saya duduk kata lelaki tadi?
Eh boleh apa salahnya, nama saya Misha, tanpa buang masa mereka pun memulakan bercerita, mula saling berkenalan dan berjabat tangan sampai tak mahu melepaskan.

Ketika mereka semakin intim, tiba tiba terdengar suara kecoh, tak jauh dari tempat mereka bercerekarama, dan kelihatan berbayang bayang orang berlari dengan pantas, dan Misha memeluk lelaki tadi kerana terperanjat dan rasa takut. 

Beberapa lelaki kelihatan menuju ke tempat mereka duduk, dan ada yang memasuki kelab malam, dan terdengar sura "kejarrrrrrrrr, tangkapppp" rupa rupanya kumpulan "Jakim".

Tanpa membuang masa lelaki bermisai tadi lari sepantas kilat, sub sat sub sat hilang dari pandangan gelap, dan Misha berlari seperti ahli atlet 100meter, dengan bag bimbitnya, terhoyong hayang dikejari kumnpulan ":Jakim", semakin dekat jarak mereka saling berkejaran, sepatu Misha setinggi 5inci sampai tertanggal dan tak sempat nak mengambilnya kembali, sepatu "Gucci" plak tuh.

Dek kerana berlari dengan sepatu sebelah, jarang larian misha dan ahli Jakim cuma sejauh 3 kaki, dan terus Misha menendang salah seorang ahli Jakim dengan kaki yang bersepatu sampai tertanggal, dan meneruskan larian selamatnya didalam kegelapan malam, dan ahli Jakim yang lain masih mengejarnya. Kerana ketakutan Misha tak ingat apa apa lagi, 

Hairan plak ahli Jakim tadi, kerana larian Misha sangat pantas, namun itu semua dapat diatasi kerana ahli ahli Jakim yang lain masih mengejarnya. Dalam pantas berlari seorang ahli Jakim dapat memegang bag bimbitnya dan terlepas dalam pegangan Misha, dalam tak sedar semua pepohon dan ranting kayu dirempuhnya, tiba tiba kepala Misha tersangkut diranting rambutan sampai tertanggal rambut palsunya. Adoiiiii suara kejantanan Misha terkeluar!

Dan ahli jakim terpaksa mengalah kerana Misha berlari amat kencang dalam semak samun, dalam susana gelap gelita yang bercahayakan bulan sahaja.

Tiga hari Misha demam dan terlantai dirumah sahaja sambil ditemani kawan kawan lembikya yang lain, dan berkata, "Mak tak nak pergi ketempat itu lagi Nyah, katanya kepada kawan kawan yang lain dan mereka bergelak ketawa mendengar kisah, dikejar ahli Jakim





 

No comments:

Post a Comment

We Open For The Advertising - Iklan From Celtic Avenue

Koleksi Cerpen dan Novel

Ada kisah yang benar serta ada kisah rekaan.

Stay tune bersama kami rakan CerpenJer

Iklan1
Iklan2
Iklan3
Iklan4

Nota

Cerpen, Novel, Kisah Benar, Mystery dalam blog ini adalah terpelihara.

Topic Archive

Blog
Alam Tikus
Blog
Blog
Blog
All substance on this site, including lexicon, thesaurus, writing, topography, and other reference information is for instructive purposes as it were. This data ought not be viewed as entire, breakthrough, and isn't proposed to be utilized as a part of place of a visit, meeting, or guidance of a legitimate, therapeutic, or some other expert.
Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus Alamtikus

Blog Cerpen, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Copyright © - All Right Reserved Template By Filmadia